Setiap orang pernah mengalami sakit belakang sekurang-kurangnya sekali. Setuju tak?
- Physio Orama
- Jul 21, 2019
- 2 min read
Updated: Aug 22, 2019
Sakit belakang adalah salah satu punca yang paling biasa orang pergi ke doktor atau tidak dapat hadir ke tempat kerja, dan ia merupakan punca utama ketidakupayaan di seluruh dunia. Kebanyakan orang mengalami sakit belakang sekurang-kurangnya sekali. Setuju?

Mujurlah, anda boleh mengambil langkah-langkah untuk mencegah atau melegakan episod sakit belakang. Sekiranya langkah pencegahan sakit belakang gagal, program senaman di rumah yang mudah dan penjagaan mekanik badan yang betul boleh menyembuhkan belakang anda dalam masa beberapa minggu memastikan fungsi otot yang optimum. Sebenarnya, pembedahan jarang diperlukan untuk merawat sakit belakang.
Okay jom, tengok satu-satu langkah yang disebut tadi.
PENCEGAHAN
Bila sebut pencegahan daripada sakit belakang. Anda perlu ingat tentang beberapa perkara.
PRAKTIKAN POSTUR YANG BAGUS

Kenapa dengan postur? definisi postur adalah posisi badan ketika seseorang itu berdiri, atau berjalan, atau duduk. Setiap posisi badan terdapat otot-otot tertentu yang perlu bekerja dan perlu relaks pada waktu yang sama. Namun masalah atau sakit-sakit akan terjadi apabila berlakunya ketidakseimbangan dalam penggunaan otot. Jadi, dengan fisio biasanya, kita akan train balik; otot mana yang underworked kita bagi dia work, yang selama ni overworked kita bagi relaks.
PRAKTIKKAN ERGONOMIK KERJA YANG BAGUS


Sedar tak sedar, ramai yang kerja 8-10 jam sehari. Ada yang perlu duduk sepanjang masa. Ada yang banyak berdiri sahaja. Jadi untuk mereka yang mempunyai nature of work sebegini mereka perlu mengamalkan ergonomic bekerja yang bagus supaya tekanan pada belakang tak terlalu banyak dan mengelakkan kecederaan pada otot dan struktur tulang belakang
PRAKTIKKAN MEKANIK BADAN YANG BAGUS

Mekanik badan yang bagus, okay. Untuk memudahkan supaya anda faham saya bagi ayat simple berikut: “Buat lah kerja apa sahaja tetapi perlu buat dengan betul dan tak membahayakan badan.”
KUATKAN OTOT BELAKANG

Dengan adanya otot yang kuat, ianya akan membantu dalam melindungi belakang anda kerana otot merupakan sistem sokongan utama dalam setiap pergerakan anda.
Commentaires