top of page
Search

Selalu je dengar "posture" tapi tak jelas jugak?


Anda sering mendengar bahawa mempunyai postur yang baik adalah penting untuk kesihatan badan. Namun, hanya segelintir orang yang mempunyai pemahaman sebenar tentang kepentingan dan keperluan postur yang baik.


Lets get to what is posture?

Postur adalah kedudukan badan kita semasa berdiri, duduk, atau berbaring. Anda boleh dikategorikan mempunyai postur yang baik apabila anda mempunyai alignment badan yang betul dimana badan anda disokong oleh jumlah ketegangan otot yang betul terhadap graviti.

Kenapa postur yang baik adalah penting?
  • Postur yang baik membantu kita berdiri, berjalan, duduk, dan berada dalam kedudukan yang meletakkan tekanan paling rendah pada otot dan ligamen yang menyokong semasa aktiviti pergerakan dan berat badan. Postur yang betul:

  • Membantu kita menjaga tulang dan sendi dalam penjajaran yang betul supaya otot kita digunakan dengan betul, mengurangkan tekanan pada permukaan sendi yang boleh mengakibatkan arthritis degeneratif dan sakit sendi.

  • Mengurangkan tekanan pada ligamen yang memegang sendi badan terutamanya sendi spinal, sekaligus akan meminimumkan kecederaan.

  • Membolehkan otot bekerja dengan lebih cekap, membolehkan badan menggunakan tenaga kurang dan, dengan itu, mencegah keletihan otot.

  • Membantu daripada terjadinya ketegangan otot, gangguan berlebihan, dan juga sakit belakang dan sakit otot.

Ramai yang tidak nafikan postur yang tidak elok adalah terbentuk daripada kebiasaan yang diulang dan dilakukan selama bertahun-tahun. Akibat mengamalkan postur yang salah. Ianya menyebabkan ketegangan berlebihan pada otot-otot postur kerana terpaksa bekerja dalam posisi tertentu untuk jangka waktu yang panjang. Sebagai contoh, anda biasanya boleh melihat pada orang yang membongkok ke hadapan komputer untuk masa yang lama di tempat kerja, dalam situasi sebegini mereka cenderung kepada kecederaan dan sakit belakang.


Beberapa faktor menyumbang kepada postur yang salah.
  • Stress berlebihan

  • Obesiti

  • kehamilan

  • Otot postural yang lemah

  • Otot yang terlalu ketat

  • Kasut bertumit tinggi

  • Otot yang tidak fleksibel,

  • Persekitaran tempat kerja,

  • Postur kerja yang tidak betul, dan

  • Tabiat duduk dan berdiri yang tidak betul

Stay tuned and follow article seterusnya; kita bincangkan tentang cara berdiri, duduk dan baring dengan betul.



 
 
 

Comentarios


Post: Blog2_Post

PHYSIO ORAMA - Physiotherapy services provider

016-4333046

8-1B Jalan Hentian Kajang 1A,
Pusat Hentian Kajang,
43000, Kajang,
Selangor Darul Ehsan.

  • Facebook
  • Instagram
  • LinkedIn

©2019 by Physio Orama. Proudly created with Wix.com

bottom of page