Slip Disk: Apa dan Bagaimana terjadi?
- Physio Orama
- Aug 22, 2019
- 2 min read
Slip disk merupakan sejenis keadaan di mana disk dalam tulang belakang terkeluar dari tempat asalnya mengakibatkan tekanan pada saraf tunjang.
Let’s get to know our back.

Tulang belakang kita merangkumi beberapa jenis kumpulan tulang yang bernama ‘cervical’ sebanyak 7 tulang, ‘thoracic’ sebanyak 12 tulang, ‘lumbar’ sebanyak 5 tulang, ‘sacrum’ sebanyak 5 tulang dan ‘coccyx’ sebanyak 4 tulang. DISK pula terletak diantara tulang-tulang ini.

Setiap disk mempunyai dua bahagian iaitu bahagian lembut yang bergelatin pada bahagian dalam dan bahagian luar pula bersifat keras. Sebarang kecederaan akan menyebabkan bahagian dalam disk tersebut menonjol sehingga ke bahagian luar. Inilah yang dipanggil sebagai slip disc. Ini akan mengakibatkan sakit dan rasa kurang selesa pada bahagian belakang. Kadang kala ia juga boleh menghimpit saraf yang berhampiran sehingga terasa kebas pada bahagian yang terjejas sehingga bahagian bahawah kaki.
Slip disc merupakan keadaan yang sangat berbahaya jika berada di tahap yang serius. Perkembangan harus diawasi dan pesakit haruslah berjaga-jaga dengan punca yang mencetuskan kesakitan atau kebas. Terdapat beberapa penyebab kepada masalah ini. Antaranya ialah :
Umur. Slip disc selalunya berlaku kepada golongan usia lanjut kerana bahagian luaran yang melindung disc akan semakin haus dan mengakibatkan disc lebih mudah bergerak daripada tempat asalnya.
Melakukan pergerakan dengan tiba-tiba. Hal ini kerana sesetengah pergerakan dan posisi badan yang dilakukan secara tiba-tiba atau dengan cara yang salah terutamanya pada usia yang tua akan membawa kepada masalah slip disc ini.
Mengangkat objek yang berat. Hal ini juga turut boleh menyumbang kepada berlakunya penyakit slip disc ini. Ketika mengangkat objek berat, tekanan yang tinggi bertindak ke atas tulang belakang kita. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan disc bergerak keluar dari tempat asalnya sehingga mendatangkan sakit.
Berat badan yang melampau. Apabila seseorang itu mempunyai berat badan yang melampau atau obesiti, tulang belakang mereka tidak dapat menampung berat badan mereka yang melampau sekali gus menyebabkan golongan ini terdedah kepada kelemahan slip disc.
Otot yang lemah. Individu yang tidak mengamalkan gaya hidup aktif atau senaman untuk menguatkan otot belakang berisiko tinggi untuk mendapat slip disc. Hal ini demikian kerana otot yang lemah tidak dapat membantu menyokong tulang belakang mereka dengan kukuh.
Kehidupan yang tidak aktif. Keadaan ini selalunya merujuk kepada golongan yang bekerja di pejabat kerana mereka kebanyakannya duduk berpanjangan tanpa sebarang pergerakan. Tabiat duduk sahaja tanpa melakukan sebarang aktiviti regangan badan memberikan tekanan yang tinggi kepada tulang belakang bahagian bawah.
Penjagaan tulang belakang perlu dititik beratkan bermula dari usia muda agar sakit belakang dapat dielakkan. Langkah pencegahan awal seperti menjaga struktur badan ketika melakukan pekerjaan, senaman regangan dan kekuatan otot belakang mestilah diamalkan untuk mengelakkan sakit belakang yang boleh menjurus kepada keadaan yang lebih serius seperti slip disc.
Comments