Sakit belakang! Bila anda patut anda berjumpa doktor?
- Physio Orama
- Aug 22, 2019
- 1 min read

Gejala atau simptom:
Tanda-tanda dan gejala sakit belakang adalah termasuk:
- Kesakitan otot
- Sakit yang mencucuk-cucuk
- Sakit yang menjalar sehingga kaki
- Sakit yang bertambah dengan pergerakan
Tanda2 ini adalah gejala yang biasa oleh individu yang mengalami sakit belakang.
Kebanyakan sakit belakang selalunya akan beransur-ansur pulih dengan rawatan di rumah melalui aktiviti senaman dan penjagaan belakang, Biasanya ia mengambil masa dalam beberapa minggu. Jika anda tidak bertambah baik pada masa itu, segeralah berjumpa dengan doktor anda.
Namun dalam beberapa kes, sakit belakang boleh menandakan masalah perubatan yang serius. Dapatkan rawatan segera jika sakit belakang anda:
- Menyebabkan masalah usus atau masalah pundi kencing
- Diiringi oleh demam
- Disebabkan kerana jatuh, dipukul atau kecederaan lain
- Semakin teruk dan tidak bertambah dengan rehat
- Merebak ke bawah satu atau kedua-dua kaki, terutamanya jika rasa sakit meningkat di kawasan bawah lutut
- Menyebabkan kelemahan, kebas atau kesemutan dalam satu atau kedua-dua kaki (slip disk)
- Diiringi oleh penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan
So guys, Kalau ada masalah sakit belakang, segera berjumpa dengan doktor atau terus dapatkan rawatan fisioterapi untuk melegakan sakit belakang. Jangan biarkan sakit berterusan sehingga mengganggu kehidupan seharian anda.
Comments